Wednesday, May 25, 2016

Assalamualaikum and hai!

13 Mei 2016,Friday 

Harini hari last untuk berjalan sebab besok nak balik dah. Sedih gila kot! Aku cakap kat ibu tak puas, at least kena 10 hari. Ibu cakap tak lalu lah duduk sini lama-lama, jadi kurus terus
Semalam, Aina, Farhah and aku dah rancang pagi ni pukul 6 nak pergi jalan sendiri.
Lepas subuh, aku tidur balik. Terlelap terus. Sedar-sedar je, Aina ketuk pintu bilik.
Aku tak join lah pagi tu. Lebih pentingkan tidur. Hai menyesal !

Dalam pukul 10pagi, kitaorang gerak nak pergi Namdaemun Market.



Nasib diorang tak perasan. Ke perasan je? Kalau zoom, nampak muka aku kat cermin tu. Pervertnya


Namdaemun Market

Kebanyakkan kedai dekat market ni buka pukul 11a.m and tutup hari Ahad
Namdaemun Market ni pasar tradisional yang terbesar dekat Seoul.
Ada tshirt, kasut, beg semua.
Kitaorang ada beli t-shirt short sleeve Korea, 3 pasang baju for 10ribu won
Mak-mak bolehla shopping souvenir kat sini. Beli keychain, mug and magnetic fridge


Ni dekat kedai brooch. Kedai ni agak murah jugak lah dari kedai lain yang ibu jumpa
Ahjussi tu mulut dia non stop talking tau tak. Makcik yang sekali trip dengan aku tu sampai ingatkan bunyi suara dari radio. Dala dia cakap korea, tak faham apa la dia dok cakap sorang-sorang. Diorang tengah pilih brooch pun, dia cakap je memanjang. 


Seolhyun is everywhere. Dekat subway pun penuh muka dia. Memang ratu iklan lah sekarang ni
            

Sweater ni 20 thousand won, ada banyak lagi design lain. Aku tak beli pun sebab rasa malu nak pakai
Aina dia ada beli. Minta discount tapi ahjumma tu tak bagi.

Otw nak balik tu, kitaorang ada singgah kedai halal kebab. Tukang masak kebab tu cakap kalau spicy lagi sedap. Aku pun pilih la spicy. Bila makan, asyik minum air je. Rasa pedas, tak tahan. Orang lain makan okay je. Lain kali kena pilih original. Lain kali tu... Kalau datang lagi lah 

Lepas pergi Namdaemun Market, kitaorang balik guesthouse

Tangga subway, bai :'(

Dalam pukul 3.30, kitaorang keluar balik. Tapi berpecah. Yang mak-mak pergi jalan dekat situ-situ je.
Didi bawak adik dia, aku and lagi 3 orang ni. Kalau ikut itinerary, lepas namdaemun market aktiviti kitaorang free. Tapi, aku and Aina nak pergi Gangnam. Mak aku and mak aina tu cam risaulah, sebab jauh. Dari guesthouse ke situ, dalam 40minit. Diorang suruh didi teman. Kitaorang tak nak lah susahkan sebab nak pergi Myeongdong dulu. Then, baru pergi Gangnam. Kalau balik malam, kesian pulak dd tu nak tunggu. Aku dengan Aina tu memang nak pergi sangat lah. Nanti balik Malaysia, menyesal pulak.
Kitaorang pergi Myeongdong dulu lepastu baru bincang balik.

Ibu send gambar ni cakap waktu tengah dekat satu kedai ni, ada orang shooting. Tapi, kenapa ambil gambar dari belakang. Tak dapat nak agak pun ni siapa


Myeongdong 
Bai korang, sedih hahaha 


Joong ki!
Gambar and standee Joong Ki dengan Seolhyun merata-rata




Last kutip free mask dekat sini. tak malu kan ko ni

SM Coex Artium
Waktu dekat station subway, masing-masing diam je. Tapi, tengok tengok abg dd tu bawak jugak kitaorang pergi Gangnam. Dia tak gtau pape. Tapi kitaorang tengok dia pergi dekat line untuk ke Gangnam, bukan line subway untuk balik guesthouse. 

Time tu dah pukul 5.40 petang. Waktu macam tu subway sesak gila. Time nak naik subway, dd tak sempat nak masuk. Kitaorang berpecah, dia suruh tunggu kt sana. 

Dalam subway, aku duduk dekat satu tempat ni. Sorang ahjussi ni pandang je aku. Aku dalam hati dah kenapa pakcik ni. Lepastu dia suruh pandang bawah. Ada tulisan korea, aku pandang jela. Mana faham
Aku tanya kt Aina kenapa pakcik ni, lepastu Aina ckp watdek jela. Lepastu baru sedar ni priority seat kot. 
Aku nk berdiri lah, segan gila kot. Pakcik tu buat gaya tangan suruh duduk. Dah kenapa, sebersalah aku. Time tu, tak sabar nak sampai je sebab rasa malu.
Kitaorang turun dekat Samseong Station lepastu going to exit 6. 
Then, jumpa dd. Dia tanya nak duduk sini sampai pukul berapa. Aku rasa mesti sampai malam.  Aku and lagi tiga orang tu suruh dia balik je. Lagipun, dia nak kena cari adik dia. Sebab terpisah time dekat subway.
YASS IM HERE!! 

Sm coex artium ni ada 6 tingkat. Merchandise, barang kat sini agak mahal. Tapi, kita boleh enjoy taking photos walaupun cuma patung. hahaha

Kalau kita masuk dari sini, kena naik escalator untuk ke tingkat dua. 





Nak bawak balik, boleh takk

Barang mahal lah, tak sanggup
Ni dekat second floor. Second floor ni ada merchandise store. And, barang exo paling banyak sekali

Aku harap Chanyeol yang real datang lepastu cakap 'do you want to take a photo with me'
Mimpi jelah 

Serious nya muka korang




I wish this is real, oh hi Baekhyun 






Siapa rindu Siwon dalam cerita She was pretty? Aku! 


Tiffany, Suho and me



Dekat tingkat atas sekali, ada hand printing gallery



Rasa creepy pulak patung-patung ni



ohh 83% je ke

Dalam pukul 7.50, kitaorang gerak dari Sm Coex Artium. Ibu pun risau asyik whatsapp tanya dekat mana.

Dalam subway, kitaorang rancang nak pergi Insadong sebab lapar. Lepastu, Aina nak beli beg. So, turun dekat Angguk station.
Kitaorang berkenalan dgn sorang ahjussi ni, korean tapi tinggal dekat america. Dia boleh cakap melayu sikit-sikit.

At Angguk Station

Ni dekat restoran Indoro. Lepas dah habis makan,  kitaorang dah keluar duit nak bayar... Then, ahjussi tu bagitau dia belanja. Dia hadiahkan kitaorang mask nature republic. Ada 20, sorang dapat 5. Tau-tau je aku suka mask sejak datang Korea ni padahal sebelum ni tak pernah pakai. 


Kitaorang balik guesthouse memang lewat lah, dala nak packing lagi. Sebelum tu, singgah 7-eleven dulu. Beli susu pisang nak minum untuk pagi besok.

Rindu lah

Aina Faqihah . 2017 Copyright. All rights reserved. Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates